Tuesday, 17 February 2015

Menyandang jawatan baru

Hiba. Satu2 perkataan yang sesuai utk perkara itu. Ku akan mendapat hadiah berupa pengorbanan kerana bakal melabuhkan tirai di arena memerah keringat menjelang tarikh hari lahirku nanti.

Air mata bergenang lantas jatuh sebelum sempat ku menyekanya. Ku tak pasti adakah ianya tangisan gembira maupun duka. Waima aku pasti itulah yang aku dambakan selama ini.

Ku mohon agarnya kehidupanku sukses selepas peristiwa itu. Tiada lagi kepala kusut memikirkan busana ke tempat kerja selepas ini. Tiada lagi terpalit luka sesama rakan maupun bos tatkala selisih idea.

Hati berat. Jiwa resah.