Tuesday, 11 March 2014

Pasar chow kit yg osssemmm

Best gak sekali sekala masuk kl naik moto without kiddos. Bukan g mana pun. Pasar chow kit jeee.. ku dari dulu mmg berkenan gila dgn pasar chow kit ni. Mana tak, kat luar punya panas berlela, tetiba masuk dlm je... kau rasa mcm ....dh malam kah

Sini je satu2nye pasar yang ada bende yang dicari. Tak pun kene tanam sendiri la kan.

Keropok lekor lazat dgn harga rm5. Mmg sedap. Pastikan minyak betul2 panas baru boleh goreng. Hasilnya sgt yummy. Kalau tau beli sepuluh beg.

Saturday, 8 March 2014

Lunch date 070314

Sekali sekala bertembung 6 mata, boleh je. Janji kepala boleh in. Jgn kau bawak joint org yg korang pung pang pung pang punya borak. Sekali dia boleh reply..... hmmmmm..... alamak.. wrong timing la this person.

Ke jj maluri kita. Mana tmpt yg sesuai ek nk mengisi kantung pemberi tenaga. Pusing punya pusing. Tercacak si depan restoran madam lim. Kau biar betollll.. halal ke ni.

Kat luar madam lim. Kat dlm ku tgk madam senah tgh sedut kopi o beng, madam rogayah binti sulaiman tgh amik order, madam kak ros dh congkel gigi tuuu. Ele..... suspen je la nama kedai kau ni.... di situ lah kami.

Thnks to salina.. our resign friend. Uwa..... sedih beb kau dh benti. Rakan borak dh takde. Rakan pemakanan dh berkurang. Apa pun menu madam lim ni not bad. Yang kak nab suka.... hmmm banyak kau lauk pauk dia. 

Takyah makan nasik pun takpe. Ratah lauk dh boleh, eerrrkkkkkkkk.
Menu-menu tersurat. Yang tersirat kene bukak buku menu.
Muka2 suci konon makan salad je. takde maknanya... saksikan gamba seterusnya....
Percaya ke tak. Ngeh ngeh ngeh. thanks a lot of the ring salina

Friday, 7 March 2014

Sanggupkah

Andai anda diberi dugaan mempunyai anak comel yang kerdil, kurang upaya, kurang daya tahan... apakah yang anda cuba lakukan. Adakah akan terkeluar ayat2 sedih... andai kau pergi anakku. Mummy redha.

Ohh....... ku masih belum ada kudrat untuk mengiakan kata2 itu. Lantas.. ini adalah kali ketiga ku usahakan ke arah pemulihannya. Berbekalkan azam, selepas ke homepathy, ku gagahi ke specialist di ampang puteri.

Doktornya..... hmmm. Doktor ke ni. Tgk bilik pulak.... boleh tahan. Master bed room umahku pun kecik sikit. Tapi kenapa mcm sarang hamsterrrr... iyyeewww.

Dgn penguasaan bahasa melayunya yang pudar. English ku pulak hancor... hentam saja la labi. Suamiku... tetap dgn typical johorian dia. Besor, bior, segalanya la ior ior... apa2 ntah.

Allah tu suka hamba2nya meminta2 padanya. Ya betul. Aku mohon tiap kali selepas solat. Mohon kesejahteraan keluarga ku. Mohon terhindar segala celaka. Allah hampir melunaskan doa2 ku. Anak makin ceria.
Dr christoper lim.... rupanya perantara. 

Rupanya lepas stalker2. Dia adalah antara pakar kanak2 terbaik di ampang puteri. Ya betolll.... pertengahan appoinment baru nmpk kredibiliti doc ni. Thanks doc. KepadaMu kupanjatkan kesyukuran
Adik, get well soon dear. Prob; 1, Muscle tone lemah, 2. A bit asthma. 3. Perkembangan tak selari dgn umur.