Friday, 28 February 2014

Rahsia kerja sampai pencen

Apakah agaknye kriteria utk kekal lama  bekerja pada satu2 organisasi ye. Gaji besar? Company glamer? Selalu dapat merit? Kaki bodek bos? Hmmm yang mana satu ciri2 anda
Kadang2 ku tak paham apa sebenarnya motif atau masalah. Seperti ada agenda. Pertukaran dalaman kakitangan sesama department ada kala mengikut nasib.

Orang yang rajin keje, kira boleh pakai la.... kene sentiasa berjaga2. Tak boleh selalu nk playsave sgt ok. Sebab tolak sana tak kene, tolak sini serba tak kene. Tapi kau tetap kene tukar atau pun resign je la. Uwaa... tu yang nk nangis tu.

Tapi org yang bermasalah seperti taknak diberi pengajaran. Biar je la dia kat situ smpi pencen, drpd dia x dtg keje langsung. Camtu ke hah. Ataupun seseorang tu tak boleh tegur. Sikit2 nk amukan drakulat. Jadi apa yang dia mintak sume bagi. Wa..... hebat permainan kau ROZAMAN. Sapa rozaman? Watak tempelan je la.

At least org yang kau rasa leh wat keje ni kau bagi la sikit imbuhan. Merit ke. Rawatan pemutih kulit selama 6 bln. 3 bulan free installment kete ke.... orait pe. Byk cantik muka KAU!!! Merit la at least. Baru la org nk resign akan pk 668 kali. Kannnnn....

Ntahla. Sebab kita ni timun. Dilanyak kita benyek. Melanyak kita hancur. Diam2 sudah cik halimaton oiii.. selagi masih boleh bertahan.
Kalau stress keje, tapi kau nak keje jugakkk... Alamat kene la release stress tu. Tgk laut, lupa masalah. TIPS: Tgk laut tak sesuai utk student, nanti lupa apa yang korang study. Paham!!!

Thursday, 27 February 2014

Abadikan diri

Hutang emas boleh dibayar. Hutang budi dibawa mati. Hutang belajar cepat la bayar. Kalau tak ptptn caik, kan dh xleh g oversea. Itulah perumpaan moden era masa kini.

Apa yang pasti, setiap bulan akan ku abadikan sedikit masa utk ku melunaskan apa yang tertangguh. Di sinilah. Di CIMB bank.

Almost 9 year bayar ni. Drpd 21k, kini ada lagi balance dlm 6k plus plus plus. Senak youuu... disarankan amat2, tolong la jgn nk mengada2 amik ptptn ni kalau setakat nk shoping moping. Susah sikit takpe la.

Bila hutang ni habis sok, insyaallah masa utk meresignkan diri hampir tiba, dekat, hampir, sipi2. Silap2 belum abis ku dh resign dh. Ape hal?

Kesimpulannya..... I hate ptptn. Menyesal!!!! Amik dulu. Puiii
Ini baru standard...  org tak gaji lagi, berbahagia la lagi 3 org je. Kau tunggu ujugn bulan, 30 org mau
Kali terakhir di sini. Pasni ku pakai Maybank2u je.
Tarik nafas dulu
Steady lagi
Still standing
Ni ku dh mencungap. Tu yang kaki je pose
Mahal ku rasa kos jambatan ni. Tapi dh kurang org yg menggunakannye.

The zone aka sendu

The zone. Suatu ketika dulu nampak gah dipersisir stulang laut yg gojes. Tapi kini...sendu di tasik madu.

Namun.... beli jugak la sesuatu sebagai tanda ingatan. 

Wednesday, 26 February 2014

Menjengah sebahagian negeri darul takzim

2 hari lepas ku n famili meneman encik suami aka daddy meneruskan misi vacancy beliau. Alang alang minum air, biar smpi tekak lencun. Ye dok.

Opismate pulak cadangkan je jpo. Hmm... apa jpo ni. Tmpt barang branded yang bebas cukai... not bad jugak harga yg ditawarkan. Kalau ada less pun bagus.

Ku cuci2 mata je la. Cuci punya cuci, terembat sandal clark satu. Dgn harga rm160, kat kl blh dpt harga tu time warehouse sale. Tapi dlm setahun sekali je la ada. Pastu Senah, lagi 1/2 jam sale tu nk bukak, kau punya que dh lajak ke parking kete. Punya la ramai. Cap kerani je kot. Tapi comfortable. Blh la beli utk memanjakan kaki sesekali.

Jpo ni byk gila kedai. Tp ku x snap byk kedai sb bz dgn nk tolak stroller. Kejap dokong bdk, dgn time tu la kaki tetiba nk melecet kannnn. Eh, kata beli comfortable sandal tadi, apsal x rasmi je.

Kitaorg bertolak dr serdang jam 4 ptg, exit senai utara, kejap tu smpi dh. Dlm 6.30 ptg. Speed 100-120km per hour. Window soping smpi anak bujang kitaorg dpt cakap perkataan baru. LAPAR!!!!! Hambik kau. X reti2.
Dari rm220... Dapat la rm160. Rasa cam x patut beli je. Tapi hati dh berkenan. Lawa ke?
Kalau dh bukak, mau ku terjah.
Lalat pun kene take note ye. Kau jgn main terbang je lalat.
Get well soon my elder son. Sian kita.
tak sangka boleh sampai sini, padahal tak plan pun.

Saturday, 22 February 2014

Selimut cotton idaman hati

Seronoknye tidur tanpa gangguan. Lebih2 lagi ada peneman yg cantik, superb, anggun, feminin juga gojes.

Ada la sorang akak ni. Terserempak dgn dia kt toilet, bawak beg mcm dh kene buang keje sb merajuk x dpt merit. Kat toilet pun jd ea membeli belah. Sekali tgk terus terpikat dgn barang jualan dia. Dah la cantik2.

Sebenarnya dh lama nk buat selimut kain potong2 ni. Tp disebabkan faktor masa, nk carik material, nk berdepan dgn mesin jahit, anak mengacau, nk g keje lagi. Mcm2 kan alasan kau. Sudah sudah.
Depan
Belakang
Depan
Belakang

Monday, 17 February 2014

Watermark

Org cegah sebelum kene. Aku dh terkena baru nk cegah. Ni bukan nk promosi tajuk dyper, tp nk citer kejadian yang ku berani sumpah ku tak tipu.

Ok la tu. At least beringat selepas kene. Kene la buat bende ni supaya kita tak ditipu bulat2.
Kalau boleh mmg tak suka anta anak2 kt nursery. Walaupun ada impian nk bukak nursery satu hari nanti. (Masa tu org boikot nursery kau..baru tau). Tapi ni je pilihan yg ada. Asal anak sihat... alhamdulillah.

Tulis nama kt dyper merupakan solutionku la supaya dyper tak dicilok staff2 kt nursery tu. Pastu jual balik utk tmbah pendapatan. Kau igt boleh billionare ke jual dyper curikkk.
Bayangkan hantar anak kul 11 pagi. Amik kul 6 ptg kang, dyper yg 5-6 helai hantar pagi tadi yg tak berapa nk pagi tu boleh habis. Agak2 la weiii. Setiap hari mmg mcm ni ye.

Jgn tak tau, diaorg ni psycho kita dgn biarkan dyper kt anak kita ni kembung. Pastu masa nk amik anak, dia kata... anak puan ni kencing banyakkkkk. Hmmm.. yang kau kencing aku ni smpi lencun, kau tak pk. kesian ku. Dh nk tukar nursery lain, baru perasan ku dh kene kencing.

Bukan sebarang kencing ok. Kencing manis terus. In memory kt ita. Takpe kak ita.... Allah balas. Tak lama mana kau bahagia dgn duit jualan dyper curik tu.

Sunday, 16 February 2014

Anak bujang cirit birit

Sian anak bujang ku. Dh 3 hari berry berry cair je. Kejap kaler itam, kejap brown2, kadang kuning telur kalernye. Ada sekali semua kaler ada. Dh mcm adunan choc moist cake plak. Solutionnye pil chi-kit teak aun ni le.

Mcm la dia nk makan kan. Sgt miracle la kalau habis. Kalau dh makan sebijik, dh tu gigit2, sah2 la terasa ingredient dia yg mcm rempah letak kt dahi org pantang.
Sakit perut belakang citer. Pose kene steady. Tak gitu Ar Rayyan.
Makan memang makan. Tapi satu je dia telan. Baik takyah.
Bagus wooo ubat ni. beli beli beli beli.

Shopping kat www.mydeal.com.my

2-3 menjak ni rasa jiwa kosong. Dlm tak sedar, jiwa kosong minta diisi. Isi dengan apa? Satu keje pulak nk memikir. Rupanya dgn online shopping. Bahaya betoll. Lepas satu, satu nak beli. Sib baik kaya (aminnn) Setakat ni kaya dengan budi bahasa je la.

www.mydeal.com.my

Menghitung hari untuk menggalasmu.

Shopping pun kene ada beg. RM39.90.

Ni la antara yang dishoppingkan. Mabuk kau. Kat sini kalau shopping diharap bersabar la sikit ek. Sebab lambatnye nk dpt baranggggg. Tapi kalau tgk brg2 dia... mmg biru air laut la mata hitam korang.